Thursday, February 21, 2008

Perlukah Menjadi Kaya?

Apakah yang kau kejar dalam hidup? Bagi seorang lelaki mungkin 3 perkara ini yang dicari:

  • HarTa.
  • TakhTa.
  • WaniTa.
Selagi 3 Ta ini wujud di atas muka bumi selagi itulah seseorang itu akan terdedah kepada kuasa negatif dalam hidup. Ramai manusia yang jadi hamba kepada 3 Ta ini sehingga dia lupa dirinya adalah hamba Yang Maha Esa.

Perlukah menjadi kaya?

Aku bagi contoh.

Situasi 1 (orang bujang bekerjaya)
Kau ada kereta.Katalah kereta kau itu mahal. Import dari Itali. Buatan tangan. Mungkin dari jenama Ferrari. Hurmm mungkin imaginasi itu terlalu tinggi. Tukar. Kereta kau itu buatan Jepun. Sebuah Nissan Skyline model baru. Kau beli secara ansuran. Bayar bulan-bulan dengan duit gaji kau yang tidak tinggi mana. Tapi kau jenis yang kuat berusaha. Bila kau nak kau mesti dapatkan. Walaupun gaji kau ciput kau mampu lagi bayar tiap-tiap bulan ansuran kereta kau itu tapi kau berkorban lah juga. Makan sekali sehari. Beli baju baru sekali sebulan. Kau tak pergi lepak-lepak dengan kawan-kawan malam minggu. Duit kau cukup-cukup untuk survive dan bayar hutang. Tiba-tiba suatu hari kau nak pergi kerja dan kau dapati kereta kau dah hilang. Apa perasaan kau ketika itu??

Situasi 2 (remaja/pelajar universiti)
Kau tengok kawan-kawan pakai henpon canggih dan latest model. Kau ingin dan kepingin. Tapi kau tak mampu. Nak mintak duit dengan ibu ayah kau segan. Jadi kau usaha sendiri untuk dapatkan. Kau kerja sambilan untuk cari duit lebih disamping duit PTPTN yang kau sedia dapat. Beberapa bulan kau kumpul duit kau dapat juga henpon idaman kau dengan duit hasil usaha kau sendiri. Tak lama lepas tu kau telah cuai meninggalkan henpon kau yang canggih itu kat meja cafe. Kau sedar 5 minit selepas itu tapi bila kau pergi henpon yang kau baru pakai 2 minggu tu dah lesap. Apa perasaan kau?

Situasi 3 (siapa-siapa sahaja)
Kau ada wang simpanan yang banyak di bank. Berpuluh ribu dan mungkin mencecah ratusan ribu. Tanpa diduga berlaku krisis ekonomi di seluruh dunia. Nilai mata wang merosot dan bank tempat kau simpan wang itu jatuh bankrap. Apa jadi dengan duit kau? Sudah tidak bernilai kan?

Situasi 3 mungkin kurang masuk akal tapi kemungkinan untuk berlaku sentiasa ada. Situasi 1 dan 2 mungkin biasa dalam kehidupan seharian. Aku bukan nak kata tak perlu menjadi kaya. Perlu. Tapi jangan berlebihan. Tidak salah mengumpul harta dan menjadi kaya. Tapi kau mesti tau kewajipan kau bila berharta. Zakat.

Dan kau harus ingat manusia tak pernah puas dengan apa yang dia ada. Sentiasa mahu yang lebih walaupun sudah cukup. Itulah penyakit tamak. Kau kena sedar perkara ini;

"Harta yang kau ada bukanlah kau punya, yang kau ada hanyalah rezeki pemberianNya."

Maka sebab tu kita kena ingat harta yang kita ada sekarang sekadar pinjaman daripada Yang Maha Esa. Jadi perlulah kita bersyukur dengan apa yang kita ada.

Chow!

Tuesday, February 12, 2008

Dunia Baru Aku

Sekarang ini ramai umat manusia sedang berkerumun di panggung wayang kerna mahu menonton Dunia Baru The Movie. Kau sudah tonton? Kalau kau tak berkesempatan menonton di pawagam nantikan torrent dari aku. Ini pertama kali aku menulis blog sejak menerobos keluar dari rahim ibu aku kira-kira ** yang lalu. Sebelum ini aku selalu menjadi pembaca senyap di blog-blog manusia lain. Mereka bilang blogging menyeronokkan. Benarkah begitu? Jadi aku ingin mencari di mana keseronokannya. Boleh kau tolong aku cari?

Sekarang aku belum ada isu yang mahu diperkatakan. Aku baru sahaja sampai ke dunia blog ini. Jadi kau faham jelah. Orang baru sampai ke satu tempat mesti perlu berkemas, susun atur perabot dan menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Nantikan aku.

Chow!

by TemplatesForYouTFY
SoSuechtig, Burajiru